Sunday, April 25, 2010

Pertandingan Nasyid Sekolah-sekolah Asli Peringkat Negeri Kelantan

Pada 28/4/2010 satu pertandingan nasyid sekolah-sekolah orang asli akan di adakan, pertandingan tersebut akan berlangsung di dewan makan asrama Sk Kuala Betis, perasmian penutup dan penyampaian hadiah dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Negeri Kelantan. Pertandingan ini juga akan disertai oleh 12 buah sekolah orang asli seluruh negeri Kelantan. (SK Pos Brooke, SK Hendrop, SK Blau, SK Kuala Betis, SK Balar, SK Bihai, SK Tohoi, SK Pulat, SK Kuala Lah, SK Seri Permai, SK Pasir Linggi dan SK Sungai Rual (Jeli). Aturcara majlis akan bermula jam 8.30 pagi....

Thursday, April 15, 2010

Program Kecemerlangan UPSR 2010

Seramai 30 orang pelajar SK Kuala Betis telah menyertai Program kecemerlangan UPSR yang di anjurkan oleh JHEOA dan PPD Gua Musang dengan kerjasama MGB Zon 6. Program ini di sertai oleh beberapa buah sekolah orang asli di Kelantan. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Pos Brooke, SK Hendrop, SK Blau, SK Kuala Betis, SK Tohoi, SK Pasir Linggi, SK Pulat, SK Sri Permai, SK Kuala Lah dan SK Bihai. Kem ini telah di adakan di Gelora Beach Resort di Bachok. Kem ini berlangsung pada 15 - 17 April 2010..semoga pelajar yang menyertai program ini akan terus berjaya.

Saturday, April 10, 2010

Mesyuarat Majlis Guru Besar Sekolah Zon 6

Majlis di adakan pada 11 April 2010, bertempat di Bilik Gunasama 1, Bangunan Persekutuan Gua Musang